Thursday, 28 February 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Dan Majlis Khatam Al-Quran TAJ Peringkat Sekolah 1434H/2013M

 

 "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Majlis Guru Sekolah Agama Bandar Permas dengan usahasama Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Permas akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Khatam Al-Quran TAJ 1434H sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh / Hari : 1 & 2 Mac 2013 ( Jumaat dan Sabtu ).
Masa : 2.30 - 6.00 petang (Jumaat)
7.30 pagi - 12.00 tengahari (Sabtu)
Tempat : Dewan As-Syakirin, Sekolah Agama Bandar Permas

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Semoga perjalanan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Khatam Al-Quran TAJ ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.WT. Amin.

Friday, 8 February 2013

Mesyuarat AJK Badan Kebajikan

Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Permas mengadakan Mesyuarat AJK Bandar Permas sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Februari 2013
Hari    : Jumaat
Masa  : 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Agama Bandar Permas

Perkara yang akan dibincangkan :

1, Aktiviti Badan Kebajikan bersama sekolah sepanjang 2013
2. Sambutan Maulidurrasul 1434 Peringkat Sekolah

Wednesday, 16 January 2013

MINGGU UKHUWWAH SEKOLAH (MUS) 2013


Sekolah Agama Bandar Permas merupakan salah sebuah Sekolah Agama di daerah Pontian yang terpilih untuk melaksanakan Program Rintis "MINGGU UKHUWWAH SEKOLAH (MUS)" bagi murid-murid darjah 1 dan TAJ.

Melalui program ini, murid-murid darjah 1 dan TAJ telah diberikan pendedahan awal berkenaan suasana pembelajaran di sekolah agama.

Program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya oleh guru-guru darjah 1 Sekolah Agama Bandar Pontian iaitu Ustazah Aishah dan Ustazah Norhayati (Darjah 1) serta Ustazah Siti Fatimah dan Ustazah Nor Hadiah (TAJ).

Tahniah diucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan program MUS ini.

Terima kasih.

Selamat Datang Ke Alam Persekolahan 2013 dan Kembali ke Sekolah 2013

Warga Guru Sekolah Agama Bandar Permas mengucapkan Selamat Kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2013.

Teruskan usaha anda dalam menuntut ilmu agama.

Selamat Datang Ke Blog Sekolah Agama Bandar Permas

Dikendalikan oleh :
Unit ICT, Sekolah Agama Bandar Permas