Wednesday, 15 October 2014

Makluman Cuti Deepavali 2014 & Awal Muharram 1436H



Kepada semua guru, ibu bapa/penjaga, pengusaha kenderaan sekolah dan murid Sekolah Agama Bandar Permas

Cuti sempena perayaan Deepavali dan Awal Muharram akan bermula pada 20 - 23 Oktober 2014

Berikut adalah makluman berkenaan cuti dan sekolah ganti:-
  • 20 Oktober 2014 (Cuti ganti – telah digantikan)
  • 21 Oktober 2014 (Cuti ganti – telah digantikan)
  • 22 Oktober 2014 (Cuti Umum - tidak pelu diganti)
  • 23 Oktober 2014 (Cuti ganti – telah digantikan)
Surat makluman telah diedarkan kepada semua murid. Harap maklum dan terima kasih.

Friday, 3 October 2014

SALAM EIDUL ADHA 1435 H

Di hari bahagia ini, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kita seluruh umat Islam. Jangan lupa juga panjatkan doa kepada mereka yang berada di Tanah Suci mengerjakan rukun Islam yang ke-5.

Warga Sekolah Agama Bandar Permas ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA kepada seluruh umat islam....


Thursday, 2 October 2014

CUTI HARI RAYA EIDUL ADHA 1435H



CUTI SEMPENA EIDUL ADHA 1435 H

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Agama Bandar Permas akan cuti sempena Aidil Adha pada ketetapan berikut :

TARIKH : 03 - 06 Oktober 2014

Cuti peristiwa diambil pada 06 Oktober 2014 (Isnin) dan sesi persekolahan bermula pada 07 Oktober 2014 (Selasa).

Sekian, Untuk makluman
Terima kasih.


Saturday, 27 September 2014

DAFTAR SEGERA !!! TAJ & DARJAH 1 ... SEKOLAH AGAMA BANDAR PERMAS



# DAFTAR SEGERA ! TAJ & Darjah 1 tahun 2015

Sila daftarkan anak anda TAJ & Darjah 1 untuk tahun 2015 di Pejabat Sek. Agama Bandar Permas pada waktu persekolahan dengan membawa item berikut ;

1. Sijil Kelahiran murid (Original).
2. Salinan Sijil Kelahiran murid.
3. Salinan K/P ibubapa atau penjaga murid.
4. Salinan slip gaji ibubapa atau penjaga murid.

TARIKH TUTUP : 31 Oktober 2014

Sebarang kelewatan tidak akan dilayan, kegagalan berbuat demikian perlu ke Pejabat Pendidikan Agama Daerah Pontian untuk mengisi borang daftar lewat sebelum mengisi borang pendaftaran di sekolah.

Sekian, untuk makluman.
Terima kasih

Wednesday, 24 September 2014

Jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2014

Berikut merupakan Jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2014 

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ.

Saturday, 22 February 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H




"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Majlis Guru Sekolah Agama Bandar Permas dengan usahasama Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Permas akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh / Hari : 1 Mac 2014 ( Sabtu ).
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengahari (Sabtu)
Tempat : Dewan As-Syakirin, Sekolah Agama Bandar Permas

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Semoga perjalanan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.WT. Amin.

Selamat Bertugas


Selamat datang & selamat bertugas kepada  

Ustazah Siti Aishah Binti Sutarmo
  
ke Sekolah Agama Bandar Permas selaku Penyelia Pagi merangkap Guru Penolong Kanan Akademik Sekolah Agama Bandar Permas bermula 9 Februari 2014.

Warga Sekolah Agama Bandar Permas mengalu-alukan kehadiran ustazah bagi meningkatkan lagi prestasi sekolah ini..

AHLAN WA SAHLAN....

Jasamu Dikenang


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....hilang di mata, di hati tidak lupa.....

Selamat berpindah ke sekolah baru diucapkan kepada Ustazah Hilaliah Binti Mohamed Zaid yang akan menyambung perkhidmatan di Sekolah Agama Pontian Besar pada 9 Februari 2014. Sesungguhnya warga Sekolah Agama Bandar Pontian merasakan begitu kehilangan seorang guru yang berdedikasi dan komited terhadap tugas. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahtaraan Ustazah Hilaliah. Semoga di sekolah baru, beliau akan terus mengekalkan kecemerlangannya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.

Friday, 17 January 2014

MINGGU UKHUWAH SEKOLAH 2014



Sekolah Agama Bandar Permas merupakan salah sebuah Sekolah Agama di daerah Pontian yang untuk melaksanakan Program "MINGGU UKHUWWAH SEKOLAH (MUS)" bagi murid-murid darjah 1 dan TAJ.

Melalui program ini, murid-murid darjah 1 dan TAJ telah diberikan pendedahan awal berkenaan suasana pembelajaran di sekolah agama.

Program tersebut telah dikendalikan  dan dilaksanakan dengan jayanya oleh guru-guru darjah 1 Sekolah Agama Bandar Pontian iaitu Ustazah Aminah dan Ustazah Norhayati (Darjah 1) serta Ustazah Siti Fatimah dan Ustazah Nor Hadiah (TAJ).

Tahniah diucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan program MUS ini.

Terima kasih.

Selamat Datang Ke Alam Persekolahan 2014 dan Kembali ke Sekolah 2014




Warga Guru Sekolah Agama Bandar Permas mengucapkan Selamat Kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2014.

Teruskan usaha anda dalam menuntut ilmu agama.