Saturday, 22 February 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H




"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Majlis Guru Sekolah Agama Bandar Permas dengan usahasama Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Permas akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh / Hari : 1 Mac 2014 ( Sabtu ).
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengahari (Sabtu)
Tempat : Dewan As-Syakirin, Sekolah Agama Bandar Permas

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Semoga perjalanan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.WT. Amin.

Selamat Bertugas


Selamat datang & selamat bertugas kepada  

Ustazah Siti Aishah Binti Sutarmo
  
ke Sekolah Agama Bandar Permas selaku Penyelia Pagi merangkap Guru Penolong Kanan Akademik Sekolah Agama Bandar Permas bermula 9 Februari 2014.

Warga Sekolah Agama Bandar Permas mengalu-alukan kehadiran ustazah bagi meningkatkan lagi prestasi sekolah ini..

AHLAN WA SAHLAN....

Jasamu Dikenang


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....hilang di mata, di hati tidak lupa.....

Selamat berpindah ke sekolah baru diucapkan kepada Ustazah Hilaliah Binti Mohamed Zaid yang akan menyambung perkhidmatan di Sekolah Agama Pontian Besar pada 9 Februari 2014. Sesungguhnya warga Sekolah Agama Bandar Pontian merasakan begitu kehilangan seorang guru yang berdedikasi dan komited terhadap tugas. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahtaraan Ustazah Hilaliah. Semoga di sekolah baru, beliau akan terus mengekalkan kecemerlangannya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.