Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....hilang di mata, di hati tidak lupa.....
Selamat
berpindah ke sekolah baru diucapkan kepada Ustazah Hilaliah Binti Mohamed Zaid yang akan menyambung perkhidmatan di Sekolah Agama Pontian Besar
pada 9 Februari 2014. Sesungguhnya warga Sekolah Agama Bandar Pontian
merasakan begitu kehilangan seorang guru yang berdedikasi dan komited
terhadap tugas. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahtaraan Ustazah Hilaliah. Semoga di sekolah baru, beliau akan terus mengekalkan
kecemerlangannya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.
