بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، والصّلاة والسّلام على سيّدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT
kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya mencatat sepatah dua kata
di dalam blog rasmi sekolah ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan semua pihak yang telah berjaya menghasilkan blog ini.
Selaku pentadbir dan pemimpin sekolah ini, saya bersama-sama barisan guru penolong sentiasa memberi sepenuh perhatian agar sekolah ini terus cemerlang dan saya yakin ia akan terus maju pada masa hadapan.
Saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana telah membimbing dan menunjukkan jalan ke arah kecemerlangan sekolah ini. Kita mesti berani melakukan perubahan demi perubahan tanpa mengubah dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor
Laman web ini juga melambangkan daya usaha dan kesediaan sekolah ini untuk mengisi visi, misi dan objektif sekolah dalam menghadapi alaf baru yang serba moden dan canggih. Diharapkan blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada pelawat dan masyarakat untuk mengetahui dan mengenali sekolah ini secara lebih dekat lagi.
Selamat datang dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung laman blog sekolah ini.
Salam Hormat,
Guru Besar
Sekolah Agama Bandar Permas