Friday, 17 January 2014

MINGGU UKHUWAH SEKOLAH 2014



Sekolah Agama Bandar Permas merupakan salah sebuah Sekolah Agama di daerah Pontian yang untuk melaksanakan Program "MINGGU UKHUWWAH SEKOLAH (MUS)" bagi murid-murid darjah 1 dan TAJ.

Melalui program ini, murid-murid darjah 1 dan TAJ telah diberikan pendedahan awal berkenaan suasana pembelajaran di sekolah agama.

Program tersebut telah dikendalikan  dan dilaksanakan dengan jayanya oleh guru-guru darjah 1 Sekolah Agama Bandar Pontian iaitu Ustazah Aminah dan Ustazah Norhayati (Darjah 1) serta Ustazah Siti Fatimah dan Ustazah Nor Hadiah (TAJ).

Tahniah diucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan program MUS ini.

Terima kasih.